Blogger Templates

wet world resort air panas pedas

          5 februari 2011. kena bangun awal sebab nak drive pergi rembau untuk majlis bertunang kakak sepupu aku. bertolak pukul 10.oo, bawak 60 km/h & 70 km/h (cuba korang kire pukul baper aku sampai rembau dgn kelajuan camni). fedup kan bawak kete slow slow ni? kan kan? tapi apo nak buat, mak den ado sebolah time tuu haa. klo tak, aku dah pecut 120 km/h. 30 minit after dat, dah sampai rembau. ble majlis tunang dah habis je tetibe adik adik sepupu aku datang kat aku,

muzamil : kakak?
aku : yup? ape kau nak?
muzamil : jom kita pergi ramai ramai mandi wet world kat pedas tuu? akak drive ye? heheehee :P *senyum kambing
aku : amboi, mentang mentang laa akk bawak kete, pandai kau nak suruh akk bawak kau pegi jalan jalan ey? *angkat kening sebelah
udin : alaa, akak alia kan kakak sepupu kitorang yang paling best. boleh ey? lagipun akak balik seremban pown sebulan sekali je, susah nak jumpe. *buat muke seposen
aku : yolah yolah, pegi change baju. kite gerak lagi 20 minit.
amir : yess! yeay yeay yeay! kak alia belanje kite sumer mandi air panas kat pedas! *sambil berlari naik tangge ramai ramai. 

dalam hati aku berkata, (suke suki mintak kaki ? aku tak cakap pown nak belanje. drive sudah laa). haishh. kitorang convoy ramai sampai 5 kete. budak budak tuu naik kete ngn aku. hadoii ! aku bawak anak monyet ke ?! sekali aku pecut, tau pown menjerit. sampai je kat wet world, ramai laa umat yang datang nak mandi. memang aku mandi sakan laa kat sane (dah lame tak mandi wet world weyh). mcm2 aku dah try, tp paling best time mandi body slide dekat gelungsur besar yg tinggi tu laa. excited giler, laju je turun. ble da puas mandi, aku rendam pulak dekat kolam hot spring. serious panas aku cakap. tak caye? korang masak air sampai mendidih, then tunggu 30 minit. after that, try mandi guna air masak tuu tanpa campur dengan air sejuk. amacam? best kan? camtu la yg aku rase time mandi kat hot spring tuu. tapi lame lame rendam dalam air tuu, rase best pulak. aku boleh rendam sampai paras leher (tak berani nak rendam kepale woi). lame jugak laa aku enjoy dekat wet world tuu. kitorang balik seremban dalam pukul 6.00. walaupun mandi sekejap je, tapi aku rase puas hati laa.

p/s : balik seremban nanti, nak mandi hot spring lagi. :D